Sunday, May 18, 2008

Penganiayaan GLC's terhadap SME's Melayu

Penganiayaan GLC's terhadap SME's Melayu
Dilulus terbit pada Wednesday, May 14 @ 14:09:37 MYT oleh SongkokPutih
Oleh mose

"
Adakah benar Dasar Ekonomi Baru membantu Melayu. Dasar yang dicanangkan oleh Kerajaan sekian lama sememangnya benar membawa perubahan kepada orang Melayu. Akan tetapi mereka yang menikmati dasar ini adalah dikalangan tokoh Korporat-korporat Melayu yang mempunyai kepentingan politik dan proksi dikalangan pemimpin negara. Apa pula yang telah terjadi kepada pengusaha-pengusaha dan usahawan-usahawan Melayu yang digelar SME / IKS?

Dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berbagai skim latihan diperkenalkan untuk melatih usahawan Melayu dan bumiputra. Mungkin kementerian berjaya melahirkan banyak usahawan dari program yang telah dibuat.



Akan tetapi apakah langkah kementerian selama ini untuk membantu usahawan yang dibentuk oleh mereka hasil latihan program mereka sendiri. Ini belum melibatkan syarikat-syarikat SME yang beroperasi tanpa bantuan atau didikan kementerian. Kita boleh lihat mengapa kebanyakkan syarikat SME telah gulung tikar selepas 2 – 5 tahun mereka beroperasi. Kementerian tidak langsung membantu mereka dalam mengembangkan perniagaan mereka. Selama ini pihak kementerian hanya memerhati sahaja syarikat Melayu rebah menyembah bumi. Kita akan lihat apa pula akan berlaku dibawah kepemimpinan menteri yang baru.

Permasalahan yang ingin saya timbulkan disini kenapa sering sahaja syarikat SME's yang ada seperti 'Hidup Segan Mati Tak Mahu'. Berbagai usaha telah dilakukan oleh mereka untuk menyelamatkan syarikat masing-masing. Ada yang mengadu kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), SME Bank dan terbaru sejak setahun dua ini ialah GABEM. Apakah tindakan mereka dalam membantu syarikat-syarikat SME's ini.

Seperti DPMM, mereka hanya tahu bercakap sahaja, habuk pun tak ada. Pemimpin atasan seakan kehilangan punca dan idea untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya membantu SME's dalam perniagaan mereka. Mungkinkah pucuk pimpinan DPMM tidak berkaliber atau tidak langsung mempunyai kekuatan atau pengaruh terhadap kerajaan. Mungkinkah suara DPMM tidak sekuat mana? Jika benar DPMM kuat sudah tentu kita tidak memerlukan GABEM yang hanya 1 - 2 tahun baru beroperasi. Sedangkan DPMM sudah sekian lama mewakili syarikat Melayu. Betulkah DPMM lemah?

Mungkin juga faktor dalaman DPMM yang lemah dibantu pula oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan yang langsung tidak ingin membantu pihak Dewan juga. Pegawai-pegawai ini semuanya Melayu, tetapi apa yang telah mereka buat? Kebanyakkan pegawai-pegawai yang ada cukup mahir mengenakan TOL. Dari maklumat yang saya terima, sekiranya ingin membuat temujanji dengan menteri pun terpaksa membayar sekian TOL. Inikah sifat Melayu yang ingin membantu Melayu. Dahulu setiap menteri mempunyai sekurang-kurangnya 3 setiausaha. Bayangkan jika setiap setiausaha mengenakan tol hanya untuk membuat temujanji. Urusan belum lagi dibuat tetapi bayaran sudah dikenakan. Ini belum lagi syarikat-syarikat ini mendapat kontrak dari bantuan mereka. Kalau dah dapat kontrak pun belum tentu syarikat-syarikat SME's ini berjaya. Hasil titik peluh mereka terpaksa di dahulukan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam kerja mendapatkan kontrak itu tadi. Sama macam tak yah bantu?

Petronas, PROTON, TNB, dan banyak lagi GLC's dibawah kerajaan. Adakah benar mereka membantu SME's. Banyak sekali kes-kes penganiayaan yang telah dilakukan GLC's terhadap syarikat Melayu SME's. Sebagai contoh ada beberapa syarikat yang telah sekian lama menjalankan jalinan urusniaga dengan GLC's diberhentikan kontrak mereka. Adakah ini adil bagi SME's. GLC's langsung tidak fikirkan kerugian yang bakal dihadapi oleh SME's jika kontrak diberhentikan. Mana hendak bayar 'leasing' mesin-mesin, mengekalkan pekerja-pekerja yang kebanyakkan Melayu dan bermacam-macam permasalahan lagi. Bila mengadu kepada SME Bank untuk bantuan kewangan berbagai prosedur-prosedur yang dikenakan seakan langsung tidak membantu. Segala tekanan diletakkan keatas bahu-bahu SME's ini. Kadang-kadang komuniti bank juga pandai mengenakan TOL. Entahlah apa dah nak jadi dengan Melayu? Rasuah di sana dan rasuah di sini.

Kontrak-kontrak telah diberhentikan. Adakah SME's akan diberikan projek gantian bagi mengelakkan kerugian mereka. Tanpa pampasan atau kerja-kerja gantian SME's di biarkan Gantung Tidak Bertali. Banyak sudah pengaduan dibuat kepada agensi-agensi dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan tetapi tiada langsung tindakan diambil. Mereka hanya tau 'Memekakkan Telinga dan Membutakan Mata' sahaja. Kekadang permasalahan ini ada yang sampai kepada pengetahuan pemimpin tertinggi tetapi masih juga tidak ada tindakan yang diambil. Menteri-menteri yang terlibat langsung tidak prihatin.

Ada kes-kes dikalangan SME's yang telah berjaya berjumpa PM dan mendapat minit sokongan daripada PM pun masih tidak berjalan. Penekanan ini terutama kepada Kementerian Kewangan. Tidak ada langsung 'follow-up' daripada pihak MKII dalam membantu SME's Melayu ini. Adakah beliau hilang rasa hormat kepada PM atau kerana beliau sendiri bukannya Melayu. Ini mungkin membuat beliau rasa berat hati untuk membantu Melayu. Anda jawablah sendiri. Segala minit yang dicatatkan oleh PM sebelum ini tidak di layan sewajarnya. Mana PM nak letak muka jika hal ini diketahui oleh rakyat. Sekiranya berasaskan Islam tidak timbul lagi samada kamu Melayu ataupun Mamak.

Kebanyakkan SME's yang ada semuanya berkebolehan dalam bidang masing-masing. Ada diantara mereka terpaksa mencari pasaran luar bagi memulihkan syarikat dan juga terus berada dalam pasaran. Kedangkalan GLC's kita boleh lihat dalam senario yang ingin saya nyatakan disini. SME's yang ada telah berjaya memasarkan produk masing-masing sehingga keluar negara. Produk-produk ini juga mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada badan-badan berwajib samada luar dan dalam negara. Oleh sebab karenah birokrasi dan menjaga proksi-proksi masing-masing. Syarikat SME's yang sememangnya berkeupayaan atau lebih pakar dalam bidang itu tidak diberi peluang langsung menyertai kerja-kerja yang ditawarkan oleh GLC's. Mereka sanggup memilih syarikat '2 ringgit' berbanding segala pengalaman dan keupayaan kilang-kilang pengusaha SME's.

Ada juga kes-kes seperti contoh TNB yang sanggup memberi kontrak pembekalan dan perkhidmatan kepada syarikat luar negara sedangkan SME's yang ada berupaya mengeluarkan produk yang setanding dari luar negara. Bahkan syarikat dan pengguna dari luar negara juga menggunakan produk dari syarikat tempatan. Bukan Melayu tidak boleh, Melayu sudah berada dimana-mana di atas dunia ini, dan mereka berjaya. Orang Putih atau Mat Salleh itu bukanlah bijak sangat pun, mereka sebenarnya bodoh. Tetapi Mat Salleh yang bodoh ini boleh mendapatkan urusniaga berjuta-juta ringgit di negara kita. Mengapa? SME's langsung ditolak ketepi. Zalim, sungguh zalim.

Perangai kita orang Melayu suka mengagung-agungkan orang luar. Sikap kerajaan yang tidak mempunyai komitmen dan inisiatif untuk melihat sendiri kebolehan dan kepakaran anak tempatan terutama Melayu. Melayu yang bernasib baik yang dipandang oleh kerajaan pastinya untuk kepentingan politik..

Adakah ini yang dikatakan membantu Melayu. Malu sungguh malu. Dewan Perniagaan Cina atau Persatuan-persatuan Peniaga Cina dimana-manapun berupaya membantu peniaga dikalangan mereka. Tanpa bantuan kerajaan sedikit pun, mereka mengorak langkah dan memperbesarkan perusahaan masing-masing. Sikap tolong menolong dan bantu membantu dikalangan mereka cukup kuat. Kita bagaimana pula?

Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Betullah kata pepatah tadi, sesuai sangat ditujukan pada GLC's dan kerajaan amnya. Perdana Menteri hanya dijadikan boneka oleh penyokong-penyokong setianya. Melayu menjadi peminta sedekah di tanahair sendiri, ini memang benar berlaku. Lihatlah apa terjadi kepada peniaga-peniaga Melayu di Suria, KLCC sebagai contoh. Siapakah penjajah yang menguasai pengurusan Suria KLCC?

Sudah banyak kali kita mendengar cerita kerajaan terpaksa membiayai sepenuhnya dan menanggung kerugian GLC's. Bantuan daripada kerajaan (wang rakyat) bagi menyelamatkan syarikat GLC's untuk meneruskan urus tadbir syarikat. Tetapi pentadbiran yang ada hanya pandai menghabiskan duit tanpa membuat sebarang keuntungan kepada kerajaan. Yang kenyang hanyalah CEO mereka yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan. Itulah yang telah berlaku kepada Proton Holding, SYABAS, TNB, MAS dan lain-lain.

Israel satu bangsa yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Kezaliman Israel tak usahlah nak kita panjangkan. Sejahat-jahat Israel mereka tidak menganiayai bangsa mereka sendiri. Kita Melayu, yang mempunyai tanahair sendiri ditindas dan dibunuh secara diam oleh Melayu yang telah lupa asal usul mereka. Yang lemah terus ditindas. Haram bagi mereka yang menjalankan urusan secara ikhlas, amanah dan jujur. Terlalu gilakan wang ringgit, tamak haloba dan kuasa menyebabkan bangsa sendiri terpinggir.. Apakah tindakan kerajaan seterusnya? Berubahkah nasib SME's sekiranya kerajaan bertukar? Kita nantikan bersama.
"

No comments: